‘Saya baca bahasa Melayu bukan Arab’ - Dr Dzul jawab Shahidan

87,611
0
Published 2024-07-17
Dewan Rakyat menyaksikan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad 'bertikam lidah' dengan Shahidan Kassim semasa perbahasan mengenai Rang Undang-Undang Perubatan (Pindaan) 2024.

Perbalahan berlaku apabila Shahidan persoal kuasa Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan seolah-olah mengenepikan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) namun Dr Dzulkefly berkata bahawa Ahli Parlimen Arau tidak faham penerangan beliau.

Tambah Dr Dzulkefly, MQA melalui surat mereka berkata kuasa mengiktiraf ijazah Parallel Pathway diberikan kepada Kementerian Kesihatan seperti yang dipersetujui oleh mesyuarat pada 20 Mac 2018.

Sumber video: youtube.com/live/krUA3sZk3a0

All Comments (21)