PM kena hormat MA63, saya tak pernah 'demand' - Abang Johari

146,109
0
Published 2024-07-22
Perdana Menteri Sarawak Abang Johari Tun Openg telah menolak dakwaan bahawa kerajaan negeri pimpinan GPS telah membuat tuntutan yang tidak perlu sebagai balasan kepada sokongan yang diberikan kepada kerajaan persekutuan.

Dalam temu bual Keluar Sekejap yang dihoskan oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan hari ini, Abang Johari berkata Sarawak hanya mahu sesiapa sahaja yang membentuk pentadbiran persekutuan seterusnya memulihkan hak negeri, selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Dalam pada itu, Abang Johari menyatakan Sarawak bukanlah 'kingmaker' tetapi apa yang penting bagi GPS ialah Malaysia mempunyai kerajaan yang stabil dan dasar yang jelas.

Sementara itu, Abang Johari Tun juga berkata buat masa ini beliau tidak mengidamkan jawatan Perdana Menteri sebaliknya mengambil pendirian realistik.

Sumber video:    • Sarawak, Malaysia dan Masa Hadapan Be...  

All Comments (21)
  • @kie_0783
    Dah dengar full podcast. Apa yg aku boleh rumuskan. Sarawak sgt beruntung ada abg jo. serius cakap. Dia punya vision tu memang mengangkat sarawak ke fasa lebih baik yg sepatutnya. ditambah pulak krajaan pusat yg memberikan pusat kuasa ma63 kpda sarawak sndiri
  • @azasazas6461
    Semoga Sarawak kekal bahagia, seimbang, selamat, aman, makmur dan maju selamanya. Maju dari Lundu sampai Lawas. Amin.
  • Sangat setuju dgn Premier Sarawak, Abang Johari seorang pemimpin yg bijak. Rakyat Sarawak sangat bertuah mempunyai pemimpin politik seperti Abang Jo.
  • Kj n shahril nak kenakan premier Sarawak abang Job dgn soalan maut,tapi balik air.silap langkah.abang Jo lagi matured bepolitik dpd kj n shahril. Abang Jo pandai patahkan soalan kj m shahril...all the best abag Jo.
  • Setuju dgn Abg Jo. Nak jd PM kena le tau hak2 setiap negeri termasuk hak2 Sarawak & Sabah. Perjanjian dah sememangnya termaktub, sape2 yg jd PM kena le tau.
  • Yes,Go Abg Jo.."You yg problem bkn I yg problem."..Hahahahaaa...😅😅..Mantap Abg Jo..
  • Abang johari dan sarawak tak sia sia pilih beliau .. alhamdulillah terbaik rakyat Sarawak bersatu perkauman dan pilihan tepat pemimpin.. Banyak-banyak KS (kencing sekejap) .. podcast yang ni aku paling hargai dan respect.. beliau respon jawapan dgn hormat' dan knowledge..
  • Betul apa yang premier sarawak ini katakan tak payah nak gaduh2. Kita fokus untuk bangunkan ekonomi malaysia. 😗
  • Be realistic, great word from Premier. Malaysia progress, Sarawak will progress too.
  • Abang Johari tak termakan perangkap KJ dan Shahril. Jawapannya padu dan mantap. Mahu kerajaan perpaduan kekal.
  • @atahjjul6317
    Semoga Sarawak terus maju jaya! Love from Brunei.
  • Bangunlah rakyat Sarawak Sabah, semua boleh lihat macam mana Malaya melayan Borneo. Mereka rasa itu hak mereka utk melaksanakan MA63 atau tidak. MA63 adalah mainan politik utk mereka. Langsung tiada niat utk menghormati MA63. Setuju sangat dengan Premier Sarawak. You nailed it! We not Demand. That's our right. The problem is you! Sila hadam.
  • Terbaik Premier MA 63 itu wadah untuk memastikan perjanjian itu dihormati