'Saya ada cara saya, belum boleh dedah' - Abang Jo ulas cadangan lapangan terbang baharu Sarawak
29,107
2024-05-18に共有
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata manfaat dan limpahan pembinaan lapangan terbang itu juga bukan hanya untuk dinikmati rakyat Sarawak, bahkan mereka dari Semenanjung.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Diskusi Belanjawan Sarawak, di sini hari ini yang turut dihadiri Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Seri Ir Dr Noor Azuan Abu Osman.
Abang Johari berkata, cadangan pembinaan lapangan terbang baharu itu tidak melibatkan komitmen kewangan sepenuhnya dari kerajaan Pusat, sebaliknya hasil inisiatif antara kerajaan negeri dan swasta.
Katanya, kemudahan itu juga bukan dibina sebagai sebuah entiti komersil, sebaliknya entiti infrastruktur, di mana prasarana untuk kemudahan orang ramai yang mahu berkunjung ke Sarawak.
Ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rabu lalu, Abang Johari berkata, Kerajaan Sarawak merancang membangunkan lapangan terbang antarabangsa baharu susulan pengambilalihan MASwings.
------------------------------------------------------------------------
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di www.hmetro.com.my/
コメント (21)
-
Seorang pemimpin yg mempunyai wawasan.Pemimpin contoh.Salute.
-
Mantap Premier Sarawak ada memikirkan dan mempertimbangkan tentang rakyat2 dan negara. Salute 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻
-
Welcome MASwing from Sarawak.Kalau boleh,kami sebagai rakyat Sarawak yang berkerja di Semenanjung sangat2 bersetuju kalau Sarawak mempunyai syarikat penerbangan daripada Negeri Sarawak itu sendiri.Sebab ticket pesawat sangat mahal sehingga mencecah Rm1,000 untuk satu perjalanan.
-
Kalau jadi buat lapangan terbang baru di sarawak itu satu idea yg baik dan memang perlu...
-
Kalaulah arwah Tun Taib dulu mcm premier abg jo ini,sya pikir dh lama swrk ini majju Dan setanding dengan pusat...
-
Salute to this primier....
-
Terbaik Premier. He really knew what he talking about. And look very smart!
-
Sarawak maju makmur 👏🏻
-
Come On..BORNEO AIRLINES🎉🎉🎉🎉
-
Selepas Tok Nan dan ke atas…alhamdullillah sarawak makin kedepan
-
This is the Leader that we all need. People's Leader
-
Tumpang seronok walaupun bukan asal Sarawak, orang Sarawak semua baik²...❤❤
-
Abg Jo ni very profile .kalau dia bising mesti mmg ada isu penting but this him. sntiasa berusaha untuk sesuatu kebaikan bersama. Salute Abg Jo
-
Abang jo ni la pemimpin paling bagus tidak tunggang agama, tegas punya visi yg jelas utk membawa pembangunan utk Sarawak.
-
AirAsia perlu ada pesaing supaya tiket jadi murah... wujudkan Boneo Airlines dan lapangan terbang antarabangsa...
-
Terbaik abg jo... Mudah2× sabah pun mencontohi perkara2 yg baik dari sarawak
-
hail to abg jo gov for Sarawak international airport Sarawak infrastructures Nation of Sarawak to be run like a sovereign state
-
Terbaik demi kemajuan serawak.. Sepatutnya serawak dari dulu suda maju dan kaya raya.. Menteri sekarang adalah terbaik
-
Terbaik premier,Demi Anak Sarawak
-
Terbaik. Mudahan menjadi kenyataan